Kembaraku hampir pada pertengahan,
Masih mencari persinggahan untuk seketika,
Mengumpul jua menilai,
Setiap peristiwa yang berlalu,
Adakah punya apa2 erti dalam jiwaku,
Mengimbau kisah silam,
Mengingati peristiwa lalu,
Perjalananku masih panjang,
Namun sekejap sahaja masa berlalu,
Takkala aku leka,
Walau hanya seketika,
Kegusaran yang ada sudah cukup memakan diri,
Mencuba untuk melepasi benteng penghadang,
Mencari jalan untuk kehadapan,
Perlukan sedikit bantuan,
Tidak kukesal akan apa yang berlaku,
kerna segalanya sudah berlalu,
Ingin kupandang hanya kedepan,
Tapi kenangan lalu tidak dapat kuabaikan,
Nukilan dan bisikan isi hati ini,
Tertulis hanya untuk melepaskan,
Segala kegusaran namun bukan untuk,
Memahamkan.
After 9 years
2 days ago
1 comments:
Something happened???
Post a Comment